Sunday, 26 June 2011

Padah penyakit hati

Salam

InsyaALLAH, n3 kali ini berkenaan penyakit hati..

Dalam menjalani kehidupan kita seharian,banyak yang kita tempuhi..
banyak juga kerenah dan ragam manusia yang akan kita hadapi..
Bukan sume kerenah baik dimata kita bukan??

kadangkala,,org yang terlalu baik dgn kita pown kita xsuke..
yang xbaik pown kita xsuka kan??
pernah x lalui situasi cmni??
wat baik salah,wat jahat pown salah...habis cm ner??

mesti pening kan, fikirkan pe kaitan lak perkara ney ngan penyakit hati..

cmni,penyakit hati tue adalah perkara2 yang boleh menghitamkan hati kita..
contoh,,ad perasaan benci pada org lain..
iri hati,,
tapi kali ney saya nk focus pd penyakit hati HASAD DENGKI

berbalik pd perkara atas td,,ragam manusia kadang2 menyebabkan kita rasa xpuas hati..
dengki bila melihat seseorang itu gembira,bahagia,hidup senang, berjaya..
penah rse cmtue??
klu perasaan hasad tue dpt memberi cetusan agar kita bangkit menjadi org yg berjaya ke atau menjadikan kita lebih baik..adalah baik..
tapi apabila perasaan ini boleh memudaratkan org lain..itu yang patut dihindari..

ok,kita lihat dalam kehidupan kita..bnyk kes2 yang berlaku akibat drpd perasaan hasad..
penyakit ini bahaya sehingga boleh menyebabkan kematian..
xcaya??
banyak sebenarnya,tapi kita x menyedarinya..

"Jauhilah kamu akan sifat dengki kerana sifat dengki akan memakan kebaikan kamu seperti mana api memakan daun kering." (Hadis Sahih)

saya pernah melihat rancangan Al-Kuliyyah 
xingat tajuk ape..tapi berkaitan sntau angin..
perasaan hasad boleh mendoronng seseorg untk berpaling dari Allah
dengan menggunakan khidmat jin utk memudaratkan org lain..
perbuatan ini akan merosakkan iman..
sabab itu dlam hadith kat atas btau sifat dengki akan memakan kebaikan diri..

Dalam kes sihir ini,,khidmat jin digunakan oleh si pendengki utk memudaratkan org yg didengki.
sihir boleh menyebabkan seseorng itu terlantar sakit bertahun2,
ada ketikanya,sihir digunakan utk menjatuhkan kedudukan @ pangkat seseorg..
ada juga ketikanya,sihir digunakan utk menjatuhkan perniagaan seseorg..
ad juga ketikanya,sihir boleh menyebabkan hidup seseorg itu musnah..
dahsyat kan penangan HASAD DENGKI ney..

sebab itu Allah melarang kita bersifat hasad,
kerana sifat hasad ini boleh menghuru-hara kan,,mengkucar-kacirkan hdup anak-anak adam..

Oleh itu,,klu ada perasaan hasad ney dlm hati cpt2 lah buang..
takut2 klu dah merebak,penyakit ney dah sukat utk dikawal..
akan memudaratkan hdup kita dan jugak org sekeliling..
xbwak faedah pown penyakit hasad ney..

No comments:

Post a Comment