Assalamualaikum..
Pernah x anda semua menjejakkan kaki ke panggung wayang??
Saya sendiri akui pernah sekali menonton wayang..
slps SPM..
pastu x dah..
Apa yg boleh kita perhatikan sekarang,,
menonton wayang sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan remaja kita sendiri..
Kadang2,dah jadi habit utk menonton wayang..
asal ade crite baru je,,berduyun2 lah mereka ke panggung..
tapi Persoalannya..
saya x mahu m'bahaskan hukum menonton wayang itu sendiri
tapi saya ingin kongsikan satu artikel yg sy dpt dri sahabat sy
Jom Baca!!
Soalan : Adakah dibenarkan untuk kita pergi menonton di panggung wayang dan menonton filem-filem biasa yang ditayangkan? Adakah dibenarkan untuk kita menonton filem-filem lucah walaupun hanya sekadar gambar dan bukan tubuh badan yang sebenar? Apakah tanggungjawab kita terhadap muslim yang menonton filem-filem seperti ini, adakah kita mencegah dan melarangnya ataupun membiarkan mereka menonton apa yang mereka mahu?
Jawapan : Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki. Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar. Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.
tapi akan ade x keadaan mcm ini kat mana2 panggung wayang kat mlaysia ney??
kemungkinan utk ade adalah sgt tipis Bukan??
paling tdk pown dlm satu raw yg kita duduk tetap jugak akan ade sorg dua yg b'lainan jantina ngan kita..
jadi,,lebih baik sekiranya dielakkan..
Menonton filem-filem yang berunsur lucah atau filem seksi adalah diharamkan sama sekali, walaupun sekadar gambar-gambar dan bukan susuk tubuh badan yang sebenar kerana kaedah syarak dalam hal ini ialah “sesuatu perkara yang menjurus kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram” Ini bermaksud, apa sahaja perkara yang walaupun belum benar-benar pasti menjurus kepada keharaman, tetapi mempunyai kebarangkalian boleh membawa kepada keharaman, juga sudah mencukupi untuk dinyatakan sebagai haram hukumnya.
Tapi itu semua terpulang pada individu..
utk menerima atau x..
Namun,menurut Sheikh Yusuf Al-Qardhawi:
hukum menonton wayang adalah HARUS selagi mana 3 syarat dipatuhi :
1) Tajuk dan isinya tdk boleh bertentangan dgn akidah islam,Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kpd jenayah, ajaran sesat dan sebagainya.
2) Menonton wayang tdk menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib seperti solat 5 waktu.
3) elak dari bergaul antara lelaki dan perempuan (ajnabi), elak dari fitnah dan juga bersyubhat.
Oleh itu, saya syorkan sesiapa yang hendak menonton wayang, penuhilah dahulu tuntutan syarat tersebut..
xsusah pown kan??Mudah jee..
wallahualam..


No comments:
Post a Comment