Tuesday, 25 October 2011

Demam korea

Assalamualaikum..

hmm,,klu kta perhatikan fenomena sekarang..

byk sgt remaja sekarang yang terlalu fanatik ngan korea ney...

obses sgt2 sehingga menjadikan mereka sbg idol dan sbg nya..

Saya bagaimana??

terus terang,,saya xfanatik..

kat laptop saya ade jer cter korea..tp byak lgi yg blom dtengok..

dah sthun dua dok nyebok kat lapto baru la tgok..

sbb xde mood nak layan korea nih..

tapi ble dah skali tgok..mulalah suka ngan lagu2 dye,

maka mulalah aktvti saya m'donlod lagu2 korea dri crita tersebut..

Astaghfirullah..bru sedar..xelok upenya sikap tersebut..

salah satu sbb saya jarang tengok korea adalah kerana

saya mudah lalai..

ble dah tgok satu drama tuh,,tunggang langgang hdup saya..

wat keje asal nk cpat je sbb nk tgok korea..

sampai solat pown xterjaga kualitinye..

astaghfirullah...

itulah akibatnye KOREA...

ade manfaat x cter2 korea ney??

sy terfikir gak???ade ker??

lagi wat sy lalai ade laah,,

blaja mau xmau je..gara2 tgok korea nih..

alhamdulillah artikel yang menarik dari myilham blog..



OBSES DAN FANATIK 

Adalah suatu yang malang bagi seorang mukmin, jika ditimpa keobsesan kepada orang kafir dan fasiq yang sedikit pun tidak mendatangkan manfaat kepadanya. Ini jelas terjadi kepada peminat fanatik drama dan pelakon Korea.

Ia berbeza dengan minat dan kekaguman kita terhadap seseorang tokoh. Mereka kita jadikan sebagai idola dan pencetus motivasi. Ini suatu yang berbeza. Kegilaan kepada pelakon Korea adalah kegilaan yang terfokus kepada cara dia berlakon, rupa paras, kacak, hensem, comel, romantik, pandai bermadah kata, pandai menyanyi dan sebagainya.
Bahkan ada yang menghabiskan masa meng’google‘ gambar pelakon kegemarannya, mendownload serta menyimpan pula pelbagai klip video lagu Korea yang disukainya.
Kegilaan seperti ini sama sekali tidak mengundang faedah. Berapa ramai yang menonton drama Korea kerana mahukan moral of the story berbanding yang menonton dan hanyut dengan angan-angan dan perasaan masing-masing.
Kesemua ini, jika tidak dikawal akan membawa hati kita kepada berkurangnya rasa cinta dan kasih kepada Allah serta Rasul. Di waktu kita melihat keelokan rupa paras, ianya tidak kita kembalikan kepada Allah. Di waktu kita melihat sesuatu kesedihan dan ‘lakonan’ takdir, maka kita tidak kembalikan kepada Allah. Kita hanya menonton dan mengagumi makhluk-makhluk dalam lakonan tersebut sahaja.

SIFAT MALU
Inilah yang menjadikan wanita muslimah sebagai subjek utama. Mengapa secara luaran, anda malu untuk menyatakan cinta kepada seseorang lelaki kecuali dengan ikatan pernikahan yang sah, tetapi di dalam, anda begitu tidak malu meluahkan rasa ‘cinta’ dan minat anda kepada ‘mamat-mamat’ Korea?
Oh..Hensemnya dia! Aku jatuh cinta!
Aku suka hero cerita ni. Sangat caring..romatik..wah..sukanya..sukanya..
Kemudian, apabila ditegur dan dinasihati, jawabnya :
Aku suka je, minat je, bukan betul-betul pun
Alah..biasalah minat, macam lelaki minat siti norhaliza, aku minat mamat Korea
Hakikatnya, itulah simptom yang terhasil daripada pokok permasalahan iaitu terhakisnya sifat malu dari dalam diri. Apabila pandangan tidak dijaga, hati akan ditimpa musibah. Lantas lahirlah pelbagai alasan mempertahankan diri meskipun hati sendiri tidak beroleh ketenangan.

Jadi renung-renungkan..
anda berada ditahap yang mana,,klu tahap kipas susah mati,,
maka haruslah utk berusaha menjauhi korea2 nih..
byk lagi yang berfaedah..
dan saya juga perlu hentikan tgok korea w'pun bukan obses sgt ngan depa2 ney..hehehe

~wallahu'alam~





No comments:

Post a Comment