Assalamualaikum..
Alhamdulillah,dikesempatan ini saya ingin mengajak sahabat2 seaqidah untuk sama-sama
untuk menghadiri program
HIMPUNAN SEJUTA UMAT: SELAMATKAN AQIDAH
HIMPUN ini diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat islam serta mencemarkan kemuliaan agama islam di negara kita.
HIMPUN ini dicetuskan sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah islam di negara ini khususnya ancaman murtad dan pemurtadan.
Untuk julung kalinya, HIMPUN ini merupakan satu program dibawah kerjasama semua non-government organisation (NGO) islam di Malaysia.
HIMPUN juga merupakan satu perhimpunan aman dan segala langkah yang wajar akan diambil untuk memastikan bahawa tidak akan wujud apa-apa insiden yang bertentangan dengan keamanan dan undang-undang.
Diantara agenda utama HIMPUN :
1) Ucapan wakil masyarakat dan mereka yang mempunyai pengalaman langsung dengan isu murtad.
2) Ucapan tokoh-tokoh antarabnagsa yang berkaitan dengan isu akidah dan pemurtadan.
3) Deklamasi sajak, lagu, doa munajat.
4) Resolusi HIMPUN.
Ayuh,,Hadirkan diri anda demi ISLAM..

No comments:
Post a Comment