Thursday, 24 November 2011

Lapang VS Sempit

Assalamualaikum

“Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan 

dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, 

dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, 

supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."


Setiap manusia pasti ada waktu dan ketika rasa lapang mahupun sempit..

bilamana kita dalam kelapangan..

xmustahil kelapangan itu menjadi sia-sia kerana tidak dimanfaatkan sebaiknya

Dan bilamana kita berada dalam kesempitan

ada juga terkadang terlepas pelbagai keluhan-keluhan yang sepatutnya..

Sesungguhnya kesempitan dan kelapangan masa yang diberikan pada kita

adalah ujian dari ALLAH..


Minggu lepas dan minggu ini merupakan minggu-minggu getir bagi saya..

seolah-olah tiada kelapangan..

dari hari ke hari dihujani dan diuji dengan pelbagai perkara..

diakui,,sangat berat untuk menyelesaikan semua perkara dalam minggu yang sama

dan untuk mudah saya lari dari bebanan tersebut dengan mengikuti program Mukhyyam..

Alhamdulillah..sungguh tenang..tanpa rasa terbeban dengan pelbagai tugasan..

dan pulang sahaja dari program tersebut

saya dapat rasakan semua urusan dipermudahkan

walaupun terpaksa melalui pelbagai halangan dan cabaran.

Begitulah,,

bagi saya kesempitan yang Allah berikan dapat mengajar kita untuk memanfaatkan masa

serta mengajar kita untuk mengurus masa dengan baik.

Alhamdulillah,.

masa saya lebih teratur dan dimanfaatkan sebaiknya saya dalam kesempitan

berbanding apabila saya dalam kelapangan.

Kelapangan banyak melekakan dan melalaikan saya.

Ya,,mungkin itulah yang ALLAH hendak tunjukkan..

bahawa kesempitan yang ALLAH berikan bukanlah diberi sia-sia

malah ada sesuatu yang ALLAH hendak ajarkan kepada kita.

lihat,,ALLAH itu maha bijaksana dan maha mengetahui

Allah itu pencipta kita..

maka ALLAH lebih tahu apa yang kita perlukan apa yang tidak..

Hatta kita sendiri pun belum tentu tahu semua tentang diri kita sendiri..

Jadi,nasihat saya..kurangkan lah pelbagai keluhan ketika kesempitan

sebaiknya perbanyakkanlah waktu kita untuk ber'dating' dengan DIA..

kesempitan yang kita hadapi boleh jadi juga merupakan peringatan Allah

pd kita bahawa kita telah melupakannya..

that's y ALLAH beri kesempitan..sebab ALLAH nk kita kembali mengingatinya..

Baik kan ALLAH..

tym kita lupa,,Dia tolong ingatkan..



Ayuh,,kita gandakan waktu kita yang dipinjamkan ALLAH pada kita

untuk dimanfaatkan sebaiknya..


'Apabila kamu sedang membantu agama, ALLAH akan bantu urusan kamu yang lain'


~Wallahualam~

No comments:

Post a Comment