Ya Allah,
Permudahkanlah hatiku untuk menerima nasihat
dan mengamalkan perbuatan elok.
Nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan:
1) Jangan bakhil @ kedekut kerana perangai itu memalukan
2) Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah
3) Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.
4) Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat yang berkat.
5) Bercampur dengan orang yang tidak baik dengan tujuan untuk menyeru mereka ke jalan islam
6) Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.
7) Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan
8) Jagalah rahsia jiran tetangga dan janganlah menyebar rahsia yang diamanahkan.
9) Bencikan perkara yang hina disisi orang yang berilmu.
10) Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.
Sama-samalah kita memperbaiki akhlak diri untuk mencapai kehidupan yang lebih baik
InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment