Friday, 14 October 2011

Mencari damai

Assalamualaikum

Alhamdulillah,,masih berkesempatan untuk mencoret satu perkongsian..

InshaAllah

Mencari damai??Damai ape..

Baik,,damai yang dimaksudkan ialah kedamaian jiwa..

setiap dari manusia ini punya cara yang berbeza untuk mencari kedamaian dan ketenangan itu sendiri

ade org lebih suka untuk berjalan2..

ade org suka menonton keindahan alam cipataan Allah..


banyak cara..

Tapi dalam mencari kedamaian jiwa di dunia yang bergelora ini

suka saya untuk kongsikan :

'Apabila kita faham segala tragedi hidup yang kita terima di dunia ini hanyalah ujian Allah kpd iman kita'

mampu menerbitkan kedamaian di dalam jiwa..

*    *

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman!, dan mereka tidak akan diuji (dengan sesuatu cubaan)?.
Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka,
Maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman."
(surah Al-Ankabut : 2&3)



Bila kita renung kembali perjalanan hidup kita di dunia ney..
pasti kita rasa hidup kita x lekang dari pelbagai masalah dan kesusahan,
dari hari kehari,,dari semasa ke semasa...

Kesusahan hidup yang kita terima bukan sahaja berlaku pada diri sendiri
malah terhadap ibu bapa,anak-anak, pasangan hidup kita, sahabat kita
dan juga berlaku ke atas harta benda kita.

Kita mungkin diuji dengan masalah kesihatan ibu bapa kita dan adik beradik.
Namun adakalanya kita juga diuji dengan kehilangan harta bneda yang kita sayang.
Dan pada tika itu juga, mungkin juga kita teruji dengan masalah pelajaran
sukar untuk memahami sesuatu yang dipelajari dlm kuliah
atau mungkin seringkali sukar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dlm peperiksaa.

Cuba kita fikir kembali,,dalam kita menerima ujian2 dan masalah..
bagaimana reaksi kita terhadap ujian2 tersebut..
'Ya Allah,,kenapa aku diuji lagi'
'Allah,kenapa kau berikan aku ujian sebegini'
'Bila aku nk senang ni,,sentiasa susah'

lihat bagaimana penerimaan kita terhadap ujian2 tersebut..
bersabarkah kita??
atau mengeluhkah kita??
Memang begitulah kehidupan kita,,tidak akan sunyi dari kesusahan dan masalah yang menimpa.
dimana kesusahan2 dan masalah yang menimpa seringkali mengganggu kedamaian jiwa

Namun,percayalah..
jika kita lihat kesusahan dan masalah tersebut dari perspektif yang berbeza
kita akan sedar,semua masalah yang diterima adalah ujian terhadap iman kita.
Seperti dalam surah Al-Ankabut diatas..
Tiada seorang pown manusia yang akan terlepas dari ujian Allah.
ujian tersebutlah yang akan menentukan darjah dan tahap keimanan kita.

Keimanan yang diuji adalah pengukur sejauh mana kesetiaan, keikhlasan dan kepercayaan
kita kpd KhaliQ kita.
Adakah kita akan mencemuh Allah atau mendurhakainya dengan melakukan perbuatan haram apabila susah??
Atau mungkinkah kita akan kembali kepadanya sujud dan berdoa apabila menerima kesusahan tersebut?
Golongan manakah kita??
Tepuk dada tanya iman..

Kita tidak akan rasa susah dan terbeban dengan masalah yang menimpa
jika kita benar2 faham dan sedar bahawa tiap2 kesusahan yg diterima adalah perancangan
Allah,,untuk menguji sejauh mna kesetiaan hambaNya.
Lihat fenomena manusia sekarang..
Apabila kita sayang dengan seseorang,,pasti kita akan mnguji sejauh mna keikhlasan,
kasih sayang, kejujuran dia terhadap kita..kan??
Begitu juga Allah.
Dia yang lagi berhak untuk menguji kita.

Sabar dan tabah adlah kunci dalam membuktikan setia kita sebagai hamba Allah.
Maka bersabarlah kamu dalam menghadapi ujian baik yang menimpa diri sendiri,keluarga mahupun harta benda.
Sentiasalah semat dihati bahawa Allah sedang menguji kita.

InsyaAllah,,ujian adalah tarbiyah terbaik untuk meningkatkan keimanan kita terhadapnya..
Jika kita sabar..

~wallahualam~

No comments:

Post a Comment